Wednesday, July 15, 2009

people are not alike all over

Allah SWT dah tetapkan org baik akan berkahwin dgn org yg baik dan sebaliknya. ‘Baik’ itu pula subjective. Kita taktau hati org lain macam mane, baik atau busuk selagi kita tak cukup kenal dgn org tu. Selalunya org yg tahu dan kenal kita ialah ibu kita. Cuba tanya ibu kita hati kita ni baik atau busuk, mesti ibu kita ada jawapannya.

According to my mother, katanya hati penulis baik cuma ada sedikit cemburu. Ya, penulis kadang2 berterus terang dengan ibu penulis tentang apa yg orang lain ada tapi penulis takde. Banyak kali jugakla sampai dia kata penulis ni cemburu. Tapi, dia pujuk penulis dgn mengatakan semua itu rezeki yg Allah beri pada manusia. Setiap org ada rezeki yg berbeza jd kita kena bersyukur dgn apa yg ada. Lagi, kata ibu penulis, penulis ni rajin dan tak pentingkan diri sendiri. Means, penulis tak suka tgk org lain penat2 buat kerja penulis dok relax lenggangkangkong. Memang pun, rasa bersalah tol bila tgk mak penulis dan mak mertua penulis buat kerja tapi penulis tak tolong, jadi seboleh-bolehnya memang penulis akan tolong walau sedikit. Yelah, diorang tu dah tua, tenaga pun dah tak banyak kita yg muda belia ni kenala tolong apa yg patut. Penulis harap, bila ada anak nanti tak kiralah anak laki or pompuan, harap dia pun akan dapatla warisi sikap penulis ni, insyaAllah.

Mak penulis jgk cakap, penulis ni kadang2 berani sgt, straightforward sgt. Tak sesuai dgn budaya timur kita ni. Hubby penulis pun selalu pesan kita tak boleh staraightforward sgt nanti org dendam kat kita..betol gak ek.. Yelah, penulis sedar kelemahan tu, jadi penulis kena ubah banyak bab tu. Lagi, mak penulis dan hubby penulis kata penulis ni hot-tempered. Tapi, kawan-kawan penulis takkan percaya penulis ni hot-tempered coz dgn diorang walaumacam mane marah pun, penulis berjaya control. Yg tau penulis posses sifat buruk ni just my parents, my hubby and my siblings. Penulis ni pun, ikutkan memang garang skit. Esp dgn students kat sekolah. Dgn anak taktau lagi coz belum ada anak, tapi rasenya macam garang. Tapi, hubby penulis kata biarlah penulis garang coz dia tak garang. Tapi, penulis tak garang la dgn hubby. Mane boleh, dose…dgn hubby, penulis manja dan ngada-gada. Yelah, rata-rata semua hubby suke isteri yg manja dan suke gurau-gurau dgn dia barulah ceria rumahtangga.

Berbalik kpd persoalan ‘baik’ tadi. Ada org yg ‘nampak baik’ dari segi penampilannya tapi tutur kata dan hatinya belum tentu baik. Ya, tutup aurat itu wajib tapi ia mestilah seiring dgn pertuturan dan hati yg baik. Apa maksud ‘hati yg baik’? For me, hati yg baik is someone yg tak suke buruk sangka pada org lain, tak pernah dengki dan khianat org lain. (note: dengki itu lebih teruk dari cemburu coz org yg dengki akan berbuat khianat pada org lain sebab dia jealous dengan apa yg org itu ada).

Pengalaman penulis, semasa zaman sekolah dulu sewaktu penulis tinggal di asrama, penulis memegang banyak jawatan dan selalu menang hadiah. Guru-guru dan pihak pengurusan asrama senang dan mesra dgn penulis. Penulis bukanlah seorang yg peramah malah pendiam orangnya tapi mungkin kerana penulis jenis yg menurut kata pihak atasan dan penulis jenis yg merendah diri and tak banyak mulut jadi mereka senang berurusan dgn penulis berbanding kawan-kawan setingkatan penulis yg lain. Entah apa yang mereka tak senang dgn penulis, penulis pun tak faham sedangkan penulis tak pernah sekalipun khianat mereka. Adakah kerana penulis tak gemar nak join mereka berborak-borak (mengumpat-ngumpat juga mungkin), mereka jadi tak suke dgn penulis? Penulis memang lebih suka buat kerja sendiri (baca buku cerita, etc) daripada duduk2 berborak ntahape2. Satu hari, penulis dpt tahu mereka jaja cerita buruk tentang penulis pastu nangis-nangis takpuas hati dgn penulis. Tak faham betol, ntah apa salah penulis kat diorang ni (diorang ada dlm 5, 6 org jugakla). Tapi, tak semua tak senang dgn penulis, ada kawan2 yg ok dgn penulis. Jadi, sorang member penulis yg baik ni bagitaula kat sorang cikgu lain tentang what had happened terhadap penulis. Cikgu ni taktau la dia gurau ke ape. Dia kata kat member penulis ni, penulis boleh balas dendam khianat and amik tindakan kat 5,6 org budak tak puashati ni coz penulis ada kuasa as org yg ada jawatan. Tapi, penulis, tak amik tindakan apa2. Penulis diaammmm je, sabaaaarrr je….

That’s one story. Another story, ada sorang minah ni masa zaman penulis belajar di maktab perguruan dulu bersama hubby penulis. Minah ni ntah ape yg dia takpuashati dgn penulis, penulis pun taktau. (Buatpela nak jeles dgn aku woi, aku ni biase je, takde ape2 kelebihan pun). Dia pun buatla khianat kat penulis. Humiliate penulis. Takpayahla cakap what kind of humiliation she did to me. Puas penulis dan hubby penulis try kaji apa punca minah ni tak puas hati dgn penulis. Hubby penulis cukup suka kaji perangai manusia. Menurut kajian kami, minah ni mungkin, mungkin tak puas hati, jeles dgn love life penulis. Macam nonsense je alasan tu tapi, macam betol jugak coz penulis akui love life penulis mungkin di jelesi oleh orang lain yg tak cukup kenal dgn penulis. Penulis bersyukur sgt2 pada Allah SWT sebab dapat berkahwin dlm usia yg agak muda la jgk. Imbas kembali, setelah beberapa bulan break dgn bf penulis yg pertama dulu, penulis mula rapat dgn hubby penulis. Yelah, dah solo kan apa lagi…kebetulan, hubby penulis pun minat pada penulis. Nampak macam agak mudah penulis dapat pengganti. Lepas tu tunang then kahwin. Kami pulak memang rapat. Dah jadi suamisteri ni lagila rapat. Mmg macam nonsense minah tu jeles dgn lovelife penulis. Hubby penulis selalu kata penulis memang cantik dimata lelaki in general. Hubby yg kata begitu. Penulis ingat dia kata begitu coz dia nak amik hati penulis coz penulis kan bininya. Tapi, katanya tidak..jadi, adakah kerna penulis ini cantik dimata lelaki menyebabkan minah tu tak puas hati dgn penulis. Macam nonsense je dua2 reason. Penulis teringin tol nk tau ape yg minah tu tak puas hati dgn penulis. Tapi, penulis diaammmm je, sabaaaarrr je….

…Mungkin kedua-dua pengalaman penulis ni takdela teruk sgt berbanding pengalaman org lain. Tapi, semasa perkara itu terjadi, perit sungguh rasenya. Rase nak maki hamun mencarut sume ade. Hubby penulis pun cukup marah dgn apa yg terjadi pd penulis. Tapi, dia tenangkan penulis, sabaarr katanya. Bila penulis tension, hubby penulis selalu buat penulis rase hilang tension. Penulis rase tenang bila tengok hubby penulis. Hubby penulis cukup handsome di mata penulis. Tak jemu dipandang…ewahh…

Kesimpulannya, sekiranya kita impikan suami atau isteri yg baik, pastikan diri kita sendiri baik. Allah SWT maha adil. Rezeki manusia juga tak sama jadi kita kena selalu bersyukur dgn apa yg kita ada. Dugaan manusia pun berbeza-beza mengikut kekuatan kita. Jodoh pula, semua org insyaAllah ada jodoh masing cuma lambat atau cepat je. Kalau belum sampai jodoh, kumpul lah harta banyak2 dulu. Bagi yg kahwin awal macam penulis, harta dikumpul bersama-sama dgn suami setelah berkahwin coz tak banyak harta yg dpt dikumpulkan sblm kahwin dulu. Nak buat majlis kahwin pun, tak payah la mewah2 sgt. Tak payah cerewet sgt. Bila dah kahwin pulak, toksah la berkira sgt dgn suami sendiri. Bukan dgn org lain, suami sendiri kan. Tapi, kena tgk jgk suami tu mcm mane. Kalau jenis yg suke kikis amik kesempatan, boros tak tentu pasal, susah jgk nk percaya. Tapi, kalau jenis yg tak boros, bertanggungjawab, caring, hati mulia toksahla berkira. Makpak mertua pun baik, lagila tak boleh nak berkira. Kita tak rugi apa pun kongsi harta dengan org yg kita sayang. Bila dah kahwin, selalu2 la sentuh pegang suami atau isteri kita. Then, selalula renung wajah pasangan dgn penuh kasih sayang mesti hati jd gembira dan tenang…Penulis selalu berdoa pada Allah agar Allah mengurniakan penulis perkahwinan yg dpt membahagiakan penulis dan suami di dunia dan akhirat. Anak-anak yang membahagiakan penulis dan suami di dunia dan akhirat. Dan semoga Allah permudahkan segala urusan penulis dan suami di dunia ini…Aminnnn…

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger